Ya Allah.. semenjak minggu ni..pebagai dugaan dan khabar sedih telah aku lalui... aku redha Ya Allah andai itu ujian Kau untuk ku.. aku terima ujian Mu itu dengan tabah Ya Allah.. Bantu la aku dalam menjalani kehidupan ini..berikan lah kekuatan kepada diri ku ini Ya Allah..
-----------------------------------------------------------------
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu
sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat
darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba- Nya tanpa
mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk
menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya
adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan
masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah
al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang
melainkan dengan kesanggupannya.
0 skodeng cite ni:
Post a Comment